Sabtu, 01 Maret 2014

mpat Perogol India Dihukum Gantung



NEW DELHI – INDIA. Mahkamah India, menjatuhkan hukuman mati ke atas empat individu selepas didapati bersalah merogol dan membunuh pelajar perubatan berumur 23 tahun di New Delhi, Disember lalu.

Hakim Yogesh Khanna, perbuatan kejam dilakukan Mukesh Singh, Vinay Sharma, Akshay Thakur dan Pawan Gupta yang telah mencetuskan bantahan di seluruh negara itu sewajarnya dikenakan hukuman gantung sampai mati.

Ketika keputusan diumumkan, salah seorang tertuduh, Vinay Sharma turut menangis sekuat hati.

Mereka dijangka mengemukakan rayuan terhadap hukuman itu di Mahkamah Tinggi.

Sebelum ini, keluarga mangsa berterusan menggesa hukuman mati dikenakan ke atas mereka selepas tertuduh kelima hanya dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Juvana, minggu lalu. – CNN


0 komentar:

Posting Komentar

 

Copyright © Lihat ini Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger