India : Sekali pandang, Aditya Kumar kelihatan seperti orang dewasa dengan janggut dan misai tumbuh di mukanya.
Namun hakikatnya, Aditya belum pun mencapai usia dua tahun, namun disebabkan sejenis penyakit yang jarang ditemui, dia kelihatan lebih tua berbanding usianya.
Dilahirkan dalam keluarga petani di Bihar, Aditya yang berusia 18 bulan menghidap sindrom Cushing iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan ketidaktentuan hormon sekali gus mengakibatkan bulu tumbuh di seluruh badan.
Namun ketika dilahirkan, ibu bapanya mendakwa Aditya adalah normal, sema seperti bayi yang lain namun selepas usianya mencecah setahun, tanda-tanda penuaan mula berlaku.
Beratnya mula meningkat mendadak dan mukanya mula ditumbuhi misai, sama seperti lelaki dewasa yang lain.
Ibu bapanya yang bimbang dengan keadaan itu telah membawa Aditya ke hospital.
Dia kemudiannya dibawa ke pakar kanak-kanak di klinik Dr. S.A. Krishna oleh bapanya, Vinay Sao serta neneknya.
Bagaimanapun Dr Krishna yang memeriksa Aditya memaklumkan mengenai keadaan bayi tersebut dan dia mungkin terpaksa menjalani pembedahan atau rawatan radiation untuk menyembuhkannya.
Susulan itu, Aditya telah dirujuk ke All India Institute of Medical Sciences (AIIMS) di Delhi untuk rawatan lanjut namun masalah kewangan menghalang bayi itu dirawat di institut berkenaan.
Sebaliknya ibu bapanya mahu dia dirawat di Patna oleh Dr Krishna.
Dalam pada itu, Dr. Krishna berkata, beliau memang meminta ibu bapa Aditya membawa kanak-kanak itu ke AIIMS.
“Penyakit ini berlaku akibat masalah hormone. Laporan ultrasound yang dijalankan mendapati terdapat tumor dalam kalenjar adrenalin di atas buah pinggangnya.
“Ia kemungkinan punca kepada masalah ini, namun lebih banyak ujian perlu dijalankan ke atas Aditya dan ia hanya boleh dilakukan di AIIMS,’’ katanya. – MyNewsHub
0 komentar:
Posting Komentar