KUALA LUMPUR - Calon Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Raihan Suleiman Palestin menafikan beliau mempunyai ‘kaitan’ dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim biarpun ketua pembangkang itu sering mendapatkan nasihat daripada arwah bapanya suatu ketika dulu.
Menurut Raihan, betul Anwar sering merujuk kepada bapanya khususnya mengenai teknik berpidato dan sebagainya kerana bapanya memang terkenal sebagai seorang pemidato dalam UMNO.
” Tetapi kalau kita baca buku “50 Dalil Tolak Anwar Ibrahim” tulisan Khalid Jeffrey, almarhum bapa sendiri menyatakan secara jelas yang beliau tidak mempercayai Anwar.
” Kini dah mula ada pihak yang memfitnah saya kononnya saya ada hubungan dengan Anwar sedangkan perwatakan, keperibadian dan halatuju politik kami terlalu jauh berbeza.
” Pada saya ini satu tuduhan dan fitnah yang sangat hebat….mungkin ini terjadi kerana saya tidak ada ‘lembu’ nak bagi,”
SEMENTARA itu dalam laman Facebooknya, Raihan menyatakan yang beliau memohon kepada Allah agar dijatuhkan musibah ke atas dirinya sekiranya BENAR beliau mempunyai rancangan untuk mengembalikan Anwar ke dalam UMNO.
” Akan tetapi jika tidak benar maka Allah akan jatuhkan musibah kepada penyebar fitnah terkutuk ini.
” Kalau betul nak menang dlm pertandingan ini maka mohonlah doa kepada Allah, jangan menyebar fitnah untuk menang kerana perbuatan anda ini seperti najis – bukan sekadar memakan dan menikam sesama Islam.
” Bertaubatlah, jangan takutkan saya tapi Ittaqullah,” katanya.
0 komentar:
Posting Komentar