Sabtu, 08 Februari 2014

Amaran Kes HFMD Di Sarawak

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut


KUALA LUMPUR – Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) di Malaysia sejak 1 Januari hingga 2 Februari lalu meningkat sebanyak 46.3 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu.
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr. Lokman Hakim Sulaiman berkata, sebanyak 1,624 kes itu dilaporkan berlaku sehingga 2 Februari lalu berbanding 1,110 kes yang dikesan untuk tempoh sama pada tahun 2012.
“Sarawak menyumbang bilangan kes terbanyak setakat ini berbanding negeri lain iaitu sebanyak 989 kes diikuti Selangor (244), Johor (67) dan negeri-negeri lain kurang daripada 60 kes.
“Kes HFMB di Sarawak telah melebihi paras amaran namun tiada kematian dilaporkan disebabkan penyakit ini sehingga kini dan kes-kes HFMD yang dilaporkan adalah ringan,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Lokman Hakim berkata, penyakit HFMD berkait rapat dengan amalan kebersihan diri dan persekitaran dan jangkitan berlaku apabila individu terdedah dengan air liur dan najis yang mereka jangkiti.
Jelas beliau, penyakit itu mudah menular dalam kalangan kanak-kanak berusia lingungan 10 tahun terutama di premis tumpuan kanak-kanak seperti taska dan tadika.
Justeru, katanya, ibu bapa dinasihati supaya tidak membawa akan ke tempat awam, sekolah, taska, tadikan atau pusat asuhan yang mempunyai tanda jangkitan.
Orang ramai juga dinasihati membersihkan permainan atau lantai rumah serta tandas menggunakan larutan basmi kuman dan memastikan pembuangan lampin pakai buang dengan betul.
Ibu bapa turut dinasihati supaya menggunakan peralatan makanan dan minuman berasingan supaya tidak berkongsi barangan itu dengan anak mereka. – mynewshub.my


0 komentar:

Posting Komentar

 

Copyright © Lihat ini Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger