Kamis, 27 Februari 2014

DAP Kecam MAS Bawa Kakitangan Filem T Putera


KUALA LUMPUR – DAP mengutuk tindakan syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines (MAS) membawa kakitangannya menonton tayangan khas filem Tanda Putera di Akademi MAS di Kelana Jaya di sini bagi meraikan ulang tahun ke-41 syarikat itu.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa, perbuatan tersebut merupakan satu penghinaan ke atas semua pelanggan MAS kerana syarikat itu menyokong sebuah filem yang didakwa mahu mewujudkan isu perkauman dengan menyeleweng sejarah negara.

“Kami mengutuk tindakan MAS ini. Apa nilai motivasi yang boleh diperoleh kakitangan MAS untuk membantu syarikat menangani masalah hutang besar yang ditanggung syarikat penerbangan itu.

“Bagaimana sebuah filem yang memaparkan maklumat palsu boleh digunakan untuk meningkatkan motivasi kakitangan MAS,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Beberapa media internet baru-baru melaporkan MAS membawa kakitangannya menonton tayangan khas filem Tanda Putera di Akademi MAS di Kelana Jaya sempena meraikan ulang tahun syarikat itu ke-41.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya dipetik berkata, filem itu mengandungi banyak bahan bersejarah berkaitan dengan syarikat penerbangan itu.

Menurut Ahmad Jauhari, perjalanan MAS bermula pada 1972 apabila nama syarikat penerbangan itu menjadi MAS dan cabarannya tersedia untuk melonjakkan nama negara di seluruh dunia dan seterusnya menjadi kebanggaan semua.


0 komentar:

Posting Komentar

 

Copyright © Lihat ini Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger