Minggu, 23 Februari 2014

Tandas bertukar jadi rumah mewah

WOODHOUSE (kiri) dan Peck bergambar di depan tandas yang diubahsuai menjadi rumah.


PANTAI SCARBOROUGH, Britain - Satu pasangan membelanjakan lebih £35,000 (RM170,505) untuk kos pajakan dan pengubahsuaian sebuah tandas lama menjadi rumah mewah, lapor sebuah akhbar semalam.

Tandas lama itu sebelum ini digunakan oleh pengunjung-pengunjung pantai Scarborough selama hampir satu abad.

Bangunan tersebut telah diubahsuai oleh pasangan Tracy Woodhouse dan Graham Peck menjadi rumah dengan pemandangannya menghadap ke Laut Utara.

Tandas itu yang pernah menjadi sebuah stor simpanan peluru dan sebuah kafe ditutup pada 1990-an.

Pasangan itu yang merupakan pekerja kilang memutuskan untuk mengubahsuai tandas tersebut menjadi rumah selepas pihak berkuasa tempatan mengeluarkan lesen pajakan.

Seorang arkitek tempatan menyediakan pelan manakala pihak majlis perbandaran menyokong pengubahsuaian itu.

"Sebahagian orang membuat gurauan. Di tempat kerja, beberapa orang menyatakan andalah pasangan yang tinggal di dalam tandas," kata Woodhouse.

"Namun, kami kini mempunyai sebuah rumah kecil dengan pemandangan menghadap ke laut," katanya. - Agensi

Share

Follow fadah5 on Twitter

0 komentar:

Posting Komentar

 

Copyright © Lihat ini Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger