Rabu, 26 Februari 2014

Saya Difitnah Sebab Tak Ada ‘LEMBU’ Nak Dibahagi

0 komentar

KUALA LUMPUR -  Calon Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Raihan Suleiman Palestin menafikan beliau mempunyai ‘kaitan’ dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim biarpun ketua pembangkang itu sering mendapatkan nasihat daripada arwah bapanya suatu ketika dulu.

Menurut Raihan, betul Anwar sering merujuk kepada bapanya khususnya mengenai teknik berpidato dan sebagainya kerana bapanya memang terkenal sebagai seorang pemidato dalam UMNO.

” Tetapi kalau kita baca buku “50 Dalil Tolak Anwar Ibrahim” tulisan Khalid Jeffrey, almarhum bapa sendiri menyatakan secara jelas yang beliau tidak mempercayai Anwar.

” Kini dah mula ada pihak yang memfitnah saya kononnya saya ada hubungan dengan Anwar sedangkan perwatakan, keperibadian dan halatuju politik kami terlalu jauh berbeza.

” Pada saya ini satu tuduhan dan fitnah yang sangat hebat….mungkin ini terjadi kerana saya tidak ada ‘lembu’ nak bagi,”

SEMENTARA itu dalam laman Facebooknya, Raihan menyatakan yang beliau memohon kepada Allah agar dijatuhkan musibah ke atas dirinya sekiranya BENAR beliau mempunyai rancangan untuk mengembalikan Anwar ke dalam UMNO.

” Akan tetapi jika tidak benar maka Allah akan jatuhkan musibah kepada penyebar fitnah terkutuk ini.

” Kalau betul nak menang dlm pertandingan ini maka mohonlah doa kepada Allah, jangan menyebar fitnah untuk menang kerana perbuatan anda ini seperti najis –  bukan sekadar memakan dan menikam sesama Islam.

” Bertaubatlah, jangan takutkan saya tapi Ittaqullah,” katanya.
Read more ►

Rabu, 05 Februari 2014

‘Itu Hak Saya Nak Seksi’ Tegas Siti Fazurina

0 komentar
Itu Hak Saya Nak Seksi- Siti Fazurina


Masih lagi bercakap mengenai perkahwinan pelakon, Siti Fazurina dan suaminya Muhammad Hykal Zulkifli yang sehingga kini masih belum reda.
Ya kali ini, menerusi Gua.com, Fazurina atau lebih mesra disapa Nina memberitahu yang busana yang dipakainya pada majlis persandingannya pada Sabtu lalu adalah diatas pilihannya sendiri.
Dan apabila ditanya tentang turban yang dipakainya menampakkan sebahagian rambut manakala bajunya jarang di bahagian dada dan lengan, Fazurina ada jawapannya.
“Kalau boleh saya tak nak isu ini diperbesarkan. Memang saya pakai turban ketika itu dan saya dah rancang nak pakai turban dari awal lagi untuk majlis resepsi.
“Cuma di saat-saat akhir saya mengambil keputusan untuk menampakkan sebahagian ‘fringe’ saya. Mengenai baju pula, saya memang nak pakai baju itu dan kalau diikutkan, dari jauh baju itu memang tak nampak jarang,” jelasnya.
Tambah Fazurina lagi, dia agak rimas apabila isu ini diperbesarkan.
“Jika ada pihak yang nak mencari kesalahan saya, saya tak kisah kerana bagi saya, kesilapan saya, Allah yang nilai, bukannya manusia.
“Jika saya nak seksi, itu hak saya,” jelas Fazurina mengenai isu itu.
Oleh: KASIH ISA
Read more ►
 

Copyright © Lihat ini Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger