Kamis, 26 Desember 2013

Kafe Kucing Pertama Dibuka di Eropah




Kafe kucing pertama Eropah telah dibuka di Vienna. Pemiliknya, Ms Ishimitsu telah memohon selama 3 tahun sebelum permohonannya untuk membuka kafe mesra kucing ini tercapai. Kafe yang diberi nama Cafe Neko ini mengambil nama sempena perkataan Neko yang bermaksud kucing dalam bahasa Jepun.

Dan jangan terperanjat jika terdapat ‘bulu ganjil’ di dalam minuman anda.

“Kafe kucing’ pertama di Eropah dibuka di Austria awal bulan ini.


Pelanggan menghirup teh dan kopi mereka sementara kucing yang mendiami kafe berkenaan - Sonja, Thomas, Moritz, Luca dan Momo di pangkuan mereka atau tidur di bawah kerusi.


Takako Ishimitsu, 47, pemilik kafe berkenaan berasal dari Jepun. Kafe seumpama itu adalah perkara biasa di negara matahari terbit itu.


Di situ, orang ramai yang ditegah memelihara haiwan di apartmen, boleh menghabiskan masa di kafe haiwan untuk bersama-sama dengan binatang kesayangan mereka.


Dengan harga secawan cap- pucino, mereka boleh melihat dan bermain dengan haiwan itu.


 
Terdapat sekurang-kurangnya 39 kafe seumpannya di Tokyo saja. Ada yang khusus tentang jenis kucing, seperti kucing hitam atau yang gemuk.

Takako berkata, dia mahu membawa aspek budaya Jepun yang luar biasa itu ke Eropah bagi menyediakan keselesaan kepada orang ramai yang rindu untuk mendapatkan kucing peliharaan tetapi tidak boleh berbuat demikian kerana masalah ruang atau ekonomi.


Semua kucingnya diambil dari sebuah pusat perlindungan haiwan.


 


Takako menghabiskan masa tiga tahun berunding dengan pegawai majlis perbandaran mengenai isu kebersihan sebelum diberi kebenaran untuk membuka Cafe Neko (Kafe Kucing dalam bahasa Jepun).


 

Kafe berkenaan bukan saja mementingkan kebersihan tetapi juga menolak sebarang kehadiran anjing 


0 komentar:

Posting Komentar

 

Copyright © Lihat ini Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger