Rabu, 18 Desember 2013

Pengarah Dipecat Angkara Sayang Kasut


CHINA – Seorang pegawai kerajaan berpangkat pengarah telah dipecat selepas gambarnya didukung oleh penduduk ketika melawat kawasan bencana taufan telah tersebar di internet.

Pegawai terbabit yang berpangkat pengarah dan dikenali sebagai Wang itu didakwa berbuat demikian kerana tidak mahu kasutnya yang mahal itu rosak.

Gambar berkenaan yang tersebar melalui laman media sosial Sina Weibo, telah mengundang kemarahan daripada orang ramai.

Ketika kejadian, dia melawat kawasan bencana di bandar Yuyao di Zhejiang.

Bagaimanapun laporan MSN menyebut Wang pada mulanya mahu membuka kasut untuk berjalan kaki ke rumah mangsa yang dinaiki air.

Namun seorang penduduk tempatan menawarkan diri untuk mendukung Wang sambil meredah air banjir.

Selepas kumpulan tersebut mahu meninggalkan rumah itu,dia sekali lagi ditawarkan untuk didukung oleh penduduk terbabit.

Meskipun terdapat persoalan sama ada dia yang meminta lelaki itu mendukungnya atau sebaliknya, Wang tetap dipecat.

Kawasan tersebut dilanda Taufan Fidow, minggu lalu.

Selepas mengorbankan 10 nyawa, taufan tersebut turut menyebabkan bekalan elektrik terputus dan ia membawa bersama hujan dan banjir.

Kira-kira 7 juta penduduk di situ telah terjejas akibat bencana berkenaan.


0 komentar:

Posting Komentar

 

Copyright © Lihat ini Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger